updates of a 3-week old dad
May 17th, 2007 by modD | Filed under Parenting
it’s been about 3 weeks since Ayra Hanna popped out (literally)… apa yang dah bertukar dalam life aku?
- Tido - memang tak cukup. kalau dapat one stretch of 4 hours memang kira beruntung gila. nasib baik masa muda aku dah cover dengan tido yang teramat banyak.
- Time - memang tak sempat nak buat banyak benda sangat kat rumah. takde dah masa nak tengok movie, keluar jalan-jalan, surfing semua. banyak aktiviti jaga budak kecik pulak.
Kat ofis aku asyik teeeengok je gambar anak aku kat wallpaper PC. patut la sebelum ni aku perasan orang2 semua suka sangat taruk gambar anak diorang jadi wallpaper. boleh buat hilang rindu rupanya.
Ayra dah makin berisi sikit sekarang. and kulit dia pun dah makin cerah & pink sikit. kaler kuning dia dah makin hilang. rambut lak makin lebat… memang comel gila hehe…
Even though penat/habis duit/takde masa, the feeling of holding your own child and looking into her eyes is priceless. Tambah dengan bau ‘baby smell’ dia, lagi la extra priceless! baru aku faham kenapa parents akan sayang anak diorang walaupun anak2 tu jahat macam setan.